Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, Nur Arrisa Safiya melepaskan segala tekanan dan bebanan dalam cara yang salah. Sekolah bukanlah tempat untuk belajar kerana baginya pelajaran tidak akan membawa ke mana-mana, kerana hakikatnya setinggi mana pun pelajarannya papa dan mama tidak pernah akan ada masa untukknya. Mesipun Ariss berkawan dengan remaja bermasalah, dia masih punyai rasa takut untuk melepasi batasan kemudaratan.
Namun, untuk berubah Ariss tidak mempunyai alasan. Dalam kelekaan untuk terus memberontak, Hakimi
menghulur jabat persahabatan.
“Kau nak buat apa kawan
dengan aku, aku budak jahat tahu?!”
“Kalau awak jahat, mesti
sebelum saya tegur awak, awak dah tikam saya”
Bersongkok dan berkaca
mata, Hakimi mengajak Ariss atau panggilan barunya “Arissa” ke dunia di mana
harapan masih ada. Arissa belajar bahawa Allah s.w.t tidak menguji hambanya di
luar kemampuannya. Saat pelangi indah terlakar, Hakimi mendapat tawaran ke
sekolah berasrama penuh.
“Andai kata kita tiada
jodoh, saya sentiasa berdoa agar awak tidak menjadi awak yang dahulu, Arissa
hari ini adalah Arissa yang akan saya cari di masa hadapan”
Harapan hanya tinggal
harapan, janji hanya untuk dimungkiri. Cikgu Firdaus hadir membawa sirna yang
tanpa diduga mengandungi sejuta rahsia. Arissa
semakin yakin, dunia ini tiada erti harapan dan “kepercayaan” terpadam terus
dari kamus hidupnya.
No comments:
Post a Comment